uqu_chee
January 3rd
Female
Kuching
Iman itu yang paling utama.

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

SOLAT ITU MENCEGAH KEMUNGKARAN!!
JOM INTERAKSI
~~~~~~~~~~~ ---------------------------------------------- BLOG SAHABAT

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Thursday, April 19, 2007
NASYID

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

PERTANDINGAN NASYID AKAN DIANJURKAN KAT SEKOLAH ANA SABTU NI (21 APRIL 2007)... SEMOGA BERJAYA BUAT SEMUA... ANA JADI PENONTON JE... HEHEHE... NASYID BERTEMAKAN KEHIDUPAN RASULULLAH... JUNJUNGAN BESAR...


Posted at Thursday, April 19, 2007 by uqu_chee
Make a comment  

TAZKEERAH

5 TANDA HATI KERAS MEMBATU

 

"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).

 

 


Posted at Thursday, April 19, 2007 by uqu_chee
 

Wednesday, March 28, 2007
Seimbang

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Ari tok maok kelaka sarawak... hehehe... tension ada jak a few week tok... gago ngan kerja persatuan, kelab, pengawas dll. sampey sik fokus gilak dalam kelas... syukur kadang2 tersedar dirik student.... study is important... teringat pesan madam Rasiah... Study adalah ibadah... benar gilak2 apa yang madam padah.... so, ana perlu usaha keras sikit... hmmm... apa gik owh... aok... bulan tok dah 3 kali ana sakit perut... e ndak, mala jak makan sik ikut time... ari tok tek (28/3), Madam Lo padah, jaga kesihatan bait2, takes more fibre, drinks a lot of water... hmmm.... Terimas madam... Insya ALLAH... hmmm... minggu depan ada polah program KERIS kat sekolah... anjuran PPISLAM TAHO... hehehe... need to be fasi n ajk ... 2 in 1...  so lepas ya relax sikit kot... nak fokus k SPM gik... tinggal 6 bulan gik... ya belom tolak makan, minum, tidur, surfing the net, nangga tv gik... Arghhhh... mun dapat ditangguh nak best... tapi camne lah nak?? sik dapat... aih lupak, sigek gik kerja duhal... ada Pertandingan Nasyid... lupak indah gik... so, ada kerja gik.,.. hmmm... harap dapat seimbang lah study, KK, n paling penting IBADAH KEPADA ALLAH..... hmmm oklah... ya jak kot... Jaga dirik n Iman...

 

 


Posted at Wednesday, March 28, 2007 by uqu_chee
Make a comment  

Wednesday, January 31, 2007
Sebab - sebab hati tidak bahagia...

  • SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH
    KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

    Antara mazmummah utama yang
    menghilangkan bahagia di
    hati ialah :

    1. Pemarah - paling mudah dikesan atau
    dilihat dan paling banyak di dalam
    diri manusia. Orang seperti ini jarang
    mendapat kawan dan hati tentunya tidak
    terang. (sape nak dekat kalau asyik
    nak marah ajer..bawak2lah
    senyum..tentu org tak takut nak dekat
    punyer..)

    2. Pendendam - tersembunyi iaitu
    ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
    Orang seperti ini sentiasa mencari-
    cari peluang untuk membalas dendam
    hatta secara yang kecil-kecil
    sekalipun seperti sakitkan hati atau
    tempelak orang yang didendami itu.
    Sebab itu
    orang pendendam mudah kena sakit
    jantung. (ini kes dendam kesumat lahh
    nie..)

    3. Hasad dengki - amalanya hangus
    akibat hasad dengkinya itu kerana ia
    memiliki sifat ketuhanan. (tak elok
    dengki mendengki nih..)

    4. Bakhil - sentiasa merasakan orang
    lain menginginkan harta, kesenangan,
    pangkat dll. dari dirinya. Contohnya
    sentiasa berdalih mengatakan ia tiada
    duit. (rezeki yang diberi oleh Allah
    elok dikongsi bersama..-derma)

    ** Allah lebih sayang orang yang fasiq
    tetapi pemurah tetapi
    benci orang yang abid tetapi bakhil.
    Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
    tetap memberi manfaat pada orang lain
    kerana
    kadangkala rezeki itu Allah beri
    melalui makhluk.

    5. Tamak - orang yang tidak puas
    dengan yang sedikit nescaya tidak akan
    puas dengan yang banyak kerana dunia
    ini ibarat meminum air laut…walau
    berapa banyak yg diminum tetap tak
    abis jugak…lagipun org tamak selalu
    rugi..

    ** Ingat ! yang dikatakan harta atau
    rezeki kita bila ia dipakai atau
    digunakan oleh kita. Selagi tidak
    diguna iaitu disimpan, itu belum boleh
    dikatakan rezeki kita. (mungkin ada
    hak orang lain di situ) Biarlah rezeki
    itu sedikit tetapi mendapat keberkatan
    iaitu dapat dimanfaatkan.

    6. Tidak sabar - andainya perkara yang
    kecil pun tidak boleh bersabar apatah
    lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh
    itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi
    dugaan..cthnyer time keja
    banyak..tetap maintain vogue walau
    keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

    7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia
    membuatkan seseorang paling tidak
    tenang. Orang yang memiliki sifat ini
    pantang tercabar dari sudut zahir
    mahupun batin. (yg nie no
    komen)..pasal semua org ader egonya
    sendiri..cuma tinggi/rendah tahap
    keegoan tersebut…

    8. Riak - terseksa sendiri kerana
    sentiasa tercari-cari peluang untuk
    dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di
    depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
    menambah amalnya tetapi jika dikeji,
    ia akan mengurangkan amalnya. –Allah
    marah kalau kita riak..takabbur dgn
    aper yg kita ada…

    9. Cinta dunia - tidak dapat
    menderita, …dapat pun menderita kerana
    bila sudah dapat susah pula
    menjaganya. Berhartalah tidak mengapa
    tetapi kawal hati jangan diletakkan
    pada harta itu. – biler mati cuma bawa
    amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

    ** Cinta dunia merupakan "neraka
    dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
    ia merupakan barang buruan dan
    rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu
    di hati dan dunia itu di tangan supaya
    dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
    akhirat dibawa mati.

    Kesimpulan

    Jadi yang meragut kebahagiaan
    sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
    disebabkan kemiskinan, musibah,
    kesibukan dllnya. tetapi ialah
    MAZMUMMAH.

    ****Makin tinggi mazmummah seseorang,
    makin ia tidak BAHAGIA.****

    Samada bermujahadah atau biarkan saja
    mazmummah itu, kedua-duanya tetap
    menderita tetapi andainya bermujahadah
    kita akan dibantu Allah dan akan
    bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah
    kite sentiasa ingat mengingati antara
    satu sama lain sekian
  •  

     


    Posted at Wednesday, January 31, 2007 by uqu_chee
    Comment (1)  

    PEJUANGAN

    Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

    Alhamdulillah, sudah sekian lama tak ana isi blog ne, hari ni diberi kesempatan... entahlah... kadang2 ada jugak online tapi malas pulak nak mengedit blog ana yang usang ni... hmmm.. lama jugak ana tak postkan tazkeerah buat tatapan ana n semua yang singgah kat blog ana ne... Insya ALLAH... ana akan postkan... hmmm.. Nampaknya tak lama lagi ana akan duduk SPM even ada lebih kurang 9 bulan lagi... masa kan berjalan dengan pantas, so terpaksa kejar dengan kelajuan 200km/h... hehehe... banyak lagi subjek yang belum di cover... hmmm... doakan kejayaan ana k... Buat sahabat2 yang juga nak duduk exam mcm ana, ana doakan kita mendapat kejayaan yang boleh buat mak ayah kita menangis kerana gembira... Big Smile... ok... kta sama2 berjuang...  hmmm... oklah... ana ada banyak lagi kerja nak diselesaikan... Jumpa lagi... Wassalam...


    Posted at Wednesday, January 31, 2007 by uqu_chee
    Make a comment  

    Sunday, November 12, 2006
    Indahnya kalam ALLAH...

     

    Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh

    Wednesday, April 07, 2004
    Wadah Wanita Islam: Surah an-Nur perjelas hidup bermasyarakat
    Oleh Prof Madya Maznah Daud

    SURAH an-Nuur yang bererti cahaya, mengandungi 64 ayat, diturunkan di Madinah beberapa tahun selepas hijrah. Dalam surah ini terkandung ayat dan petunjuk Allah bagi manusia yang berhubung dengan hidup bermasyarakat, mahu pun berumah tangga. Semuanya, adalah cahaya yang menyinari kehidupan manusia dalam menempuh jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.

    Allah memulakan surah ini dengan satu penegasan agak unik dan berbeza dengan surah lain. Firman-Nya bermaksud: "(Ini adalah) satu surah yang Kami turunkan dan Kami fardukan (menjalankan hukum yang ada dalam)nya, dan Kami turunkan dalamnya ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya." (Surah an-Nur, ayat 1).

    Secara jelas dan tegas apa yang terkandung dalam surah ini diturunkan oleh Allah dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang beriman kepadaNya dan ayatNya, supaya menerima dan melaksanakannya tanpa ragu-ragu atau berdolak dalik.

    Penegasan seperti ini sangat penting. Ia adalah asas kukuh dalam hati setiap Muslim agar bersedia mendengar, menerima dan seterusnya melaksanakan apa saja yang tuntut oleh-Nya. Meragui dan mempersoalkan hukum atau peraturan Allah tidak wujud sama sekali dalam hati orang beriman. Ini sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya jawapan orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) antara mereka ialah ucapan: "Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang yang beruntung." (Surah an-Nuur, ayat 51)

    Masyarakat adalah himpunan manusia daripada lelaki dan wanita. Mereka bukan saja saling memerlukan, malah difitrahkan mempunyai keinginan yang kuat terhadap satu sama lain. Bagi
    memenuhi keinginan semula jadi ini, Allah mensyariatkan perkahwinan dan menggesa pihak berkuasa dalam sesebuah masyarakat atau keluarga memberikan perhatian sewajarnya terhadap anggota yang belum berkahwin.

    Firman Allah bermaksud: "Dan kahwinkanlah orang yang sendirian antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur, ayat 32)

    Perkahwinan adalah satu-satunya jalan paling selamat dan terhormat bagi memenuhi keinginan semula jadi manusia. Keinginan seksual adalah wasilah atau jalan yang menghubungkan antara satu generasi dengan generasi sebelum dan selepasnya. Lantaran, ia tidak boleh dipadam atau diketepikan. Keinginan itu tidak boleh pula dibiar lepas bebas tanpa batasan. Ini kerana keadaan sedemikian bukan saja akan menjatuhkan martabat insan, malah boleh menghancurkan institusi
    keluarga dan masyarakat seluruhnya.

    Ayat di atas ditujukan kepada ketua keluarga serta pihak yang berkuasa dalam sesebuah masyarakat. Mereka tidak sepatutnya mengabaikan anggota yang belum mempunyai pasangan hidup yang sah. Kemiskinan bukan suatu alasan untuk melambat-lambatkan urusan perkahwinan. Jalan mesti dicari. Penyelesaian mesti diusahakan. Allah sendiri memberi jaminan akan memudahkan rezeki orang yang ingin berkahwin (Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya).

    Hubungan antara lelaki dengan perempuan yang lain daripada ikatan perkahwinan dibataskan dengan adab serta panduan tertentu. Ini supaya keutuhan keluarga yang dibina terpelihara, terselamat daripada fitnah dan noda serta terhindar daripada jerangkap syaitan durjana.

    "Katakanlah kepada lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (Surah an-Nur, ayat 30)

    "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka..." (Surah an-Nur, ayat 31)

    Lelaki dan wanita tidak dihalang daripada membabitkan diri dalam masyarakat. Ini kerana mereka adalah sebahagian daripada masyarakat yang bertanggungjawab membangun, memaju dan memeliharanya daripada perkara yang boleh menjejaskan kesejahteraannya. Apa yang wajib dilakukan ialah memelihara tiga perkara iaitu menjaga mata, kemaluan dan aurat.

    Hari ini, kesedaran memakai tudung di kalangan Muslimah laksana gelombang besar yang tidak mampu dibendung oleh sesiapa lagi. Memakai tudung saja tidak memadai. Mata hendaklah sentiasa dijaga kerana ia adalah penggoda yang amat berbisa. Apabila mata bertentang mata, hati mula berkata-kata, nafsu pun ikut bergelora, lantas iman terluntur dan iblis segera menjalankan peranan. Tidak cukup juga dengan kaum wanita saja yang bertudung litup, menutup aurat dan menjaga maruah. Kaum lelaki juga seharusnya melakukan perkara sama. Kaum lelaki wajib juga mematuhi adab menundukkan pandangan dan kewajipan memelihara tiga perkara tadi.

    Ayat itu tidak hanya ditujukan kepada wanita, bahkan menjadi tanggungjawab lelaki dan wanita. Kadang-kadang terdengar suara mengatakan menutup aurat juga tidak selamat. Mungkin ada benarnya luahan itu. Ini kerana menutup aurat mesti dilaksanakan secara bersepadu dengan memelihara pandangan serta aturan lain yang terkandung dalam surah ini. Ia tidak boleh diambil secara terpisah.

    Perkara lain yang wajib dijauhi ialah memfitnah dan menyebarkan keburukan serta kemungkaran. Firman Allah bermaksdu: "Dan orang yang menuduh wanita yang baik-baik (melakukan zina) kemudian mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik." (Surah an-Nur, ayat 4)

    Tidak dapat dinafikan bahawa fitnah atau tuduhan tanpa bukti meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri seseorang sama ada dari aspek kejiwaan atau kemasyarakatan. Kesan itu bukan saja dirasai oleh orang yang dituduh, malah seluruh anggota keluarganya. Lantaran, Islam melarang perbuatan menuduh tanpa saksi hingga hukuman yang dikenakan ke atasnya hampir sama berat dengan hukuman ke atas orang yang melakukan zina.

    Penyebaran perbuatan keji juga laluan yang memudahkan anggota masyarakat terjebak dalam kemaksiatan. Ini kerana sesuatu kemungkaran itu, apabila disebarkan akan cepat merebak dan mendorong anggota lain meniru perbuatan sama. Lantaran, tidak wajar disebarkan secara meluas hanya sekadar untuk dijadikan
    bahan berita tanpa diiringi usaha bersungguh-sungguh untuk membendungnya.

    Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka agar (berita) perbuatan keji itu tersebar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah an-Nuur, ayat 19)

    Kesungguhan Islam memerangi kemungkaran, khususnya zina yang menjadi punca runtuhnya institusi keluarga, tercemarnya zuriat dan menimbulkan keresahan masyarakat, dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud : "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada kedua-duanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang beriman." (Surah an-Nur, ayat 2)

    ( PENULIS ialah pensyarah bidang syariah di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor)

    sumber: ukhwah.com


    Posted at Sunday, November 12, 2006 by uqu_chee
    Make a comment  

    Tuesday, November 07, 2006
    Kejayaan??

    Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

    rasanya dah lama ana biarkan blog ni tak berisi... hmmm... Alhamdulillah malam ini ALLAH beri ana kelapangan... kalau lihat malam2 sebelum ni memang penuh dengan kerja2 yang  lebih mementingkan perihal duniawi... hehehe... tapi itulah tanggungjawab... dan as muslim, kita mesti bijak manage time... hmmm syukur kepada ALLAH sebab ana dah selesai melaksanakan tanggungjawab untuk mengadakan majlis penghargaan kat senior PRS ana ... so, lepas ni relax sikit kot... Wink...  nak cakap pasal kejayaan... hmmm... minggu ni kakak2 n brother2 kat IPTA khususnya tgh berhempas pulas duduk exam... ana harap antum mendapat result yang cemerlang... ana pulak, exam lepas tak berapa baik... Sad... menurun lagi... hmmm... ana banyak sangat buat careless mistakes especially bila jwb maths n add maths... seronok tgk rakan2 yg result diorang gempak sesangat.... Big Smile... mungkin ana perlu buang sikap sambil lewa, malas n paling penting kurangkan surf internet... Surprise... INsya ALLAH.... ana dah buat keputusan... kalau boleh tahun depan nak stay kat asrama sbb mungkin dpt krgkan tabiat surfing internet sampai 4 jam ni... mak n ayah ana pun macam setuju jer... Wink oklah... rasanya cukup kot untuk hari ni... Shades


    Posted at Tuesday, November 07, 2006 by uqu_chee
    Make a comment  

    Tuesday, October 17, 2006
    Ramadhan ini...

    Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

    Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.... sedihnyer... sempat ke kita semua bersua dengan Ramadhan yang akan datang??? Ana pasti akan merindui Ramadhan ini...  Walaupun ana sedih dengan perginya Ramadhan, itu tidak bermakna ana tidak gembira akan kehadiran "Hari Kemenangan" yakni Hari Raya Aidilfitri... itulah hari yang membahagiakan... 

    Hari ini, ana ada imtihan... Add Maths n Fizik... Memang susah sangat... Tapi teringat kata - kata kak ida... "Tak ada benda yang mudah kat dunia ni kecuali buat dosa" hehehe... memang betul sesangat kata2 kak ida ni... Buat dosa memang mudah... buat pahala pun mudah jugak, tapi kita yang bergelar 'insan' ni memang pemalas... ada peluang, tapi biar je peluang tu pergi... tak nak kejar... termasuk ana... Ana teringat jugak kata2 classmate ana masa ana tengah khusyuk mengelap tingkap kelas ana Akhie Arif Azhar... " Jgn anggap exam ni azab, anggaplah ia sebagai salah satu cara untuk menguji pemahaman kita"... Syukran akhie... kata - kata anta ada benarnya... Insya ALLAH ana akan ingat sampai mati...

    Lastly, Semoga Ramadhan kali ni memberi kesedaran kat kita semua... Semoga Ramadhan kali ini pemula kepada amalan yang seterusnya...  Rebutlah hari - hari terakhir Ramadhan ini dengan mengabdikan diri kepada ALLAH...

    Wallahu'alam

     

     


    Posted at Tuesday, October 17, 2006 by uqu_chee
    Make a comment  

    Thursday, September 28, 2006
    TAZKIRAH... (SAKITNYA MATI)

    Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

    Sakitnya Mati

    Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

    Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang."

    Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.

    Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya, sebelum tidur: 1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X 2) Selawat ke atas Nabi 3) Membaca tasbih

    Amalan harian:

    Sentiasa membaca Al-Quran
    Memelihara solat terutama solat fardu
    Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
    Membaca tasbih
    Membanyakkan sedekah
    Sentiasa berzikir menyebut Allah
    Amalan yang perlu dijauhi: 1) Dusta 2) Khianat 3) Mengadu domba 4) Kencing berdiri

    Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

    Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.

    Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

    Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"

    Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan Kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat.

    Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut."

    p/s : BERSEDIAKAH KITA????


    Posted at Thursday, September 28, 2006 by uqu_chee
    Make a comment  

    Ujian ALLAH...

    Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

    Hari ini ana tak ke sekolah... kena keracunan makanan dan pening kepala (demam).... tapi ana try untuk puasa dan Alhamdulillah sekarang dah jam 4:11p.m. ana masih diberi kekuatan... Alhamdulillah... masa ana tengah 'merayau - rayau' kat alam siber ni, ana tertarik dengan blog sahabat ana, ukhtie azreen... Subhanallah, indah sungguh madah - madah yang ada dalam blog beliau...kata - kata beliau banyak mencerminkan budaya masyarakat sekarang terutamanya remaja...  Tahniah sahabat... teruskan berdakwah....


    Posted at Thursday, September 28, 2006 by uqu_chee
    Make a comment  

    Next Page